All About

Good Food


Assalamualaikum warahmatullah...
Semoga semua nya sihat-sihat walafiat saja dalam menjalani kehidupan seharian.
Resepi hari ni adalah satu dessert yang sangat ringkas daripada pisang dan nutella
Jom semak resepi di bawah ya..



Sedikit tazkirah untuk hari ni..
Semoga bermanafaat untuk semua..






Bahan yang di gunakan hanya pisang jenis pun asalkan yang agak besar supaya senang di letakkan nutella, nutella secukup nya, sedikit tepung gandum dan tepung jagung untuk jadikan batter dan minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara nya, potong pisang lebih kurang 2 inci, kemudian guna straw yang agak besar, lubangkan di tengah nya, kemudian picitkan nutella kedalam lubang pisang secukupnya, buatlah sehingga habis. Kemudian buatlah bancuhan batter, masukkan sedikit tepung gandum dan tepung jagung. Bagi yang kurang tau sukatan nya boleh lah ke SINI untuk sukatan batter tu ya..Kemudian celupkan pisang yang telah di letakkan nutella di tengah tadi ke dalam batter dan goreng lah macam biasa kita goreng pisang.  Sedap dimakan ketika suam- suam panas untuk mendapatkan nutella yang cair..

Sukatan pisang dan nutella terpulang sendiri lah 
Yang suka mesti nak buat banyak supaya puas makan hehe..



Rangup di luar dan lembut didalam di tambah dengan rasa nutella yang hmmm susah nak cakap tak cukup satu slice ni..



Satu lagi resepi dari nutella dan pisang ni ada lah..
Sediakan pisang madu secukupnya atau pisang pilihan sendiri lah..
Roti pratha yang telah di masak terlebih dahulu beberapa keping
Akhirnya nutella, yang tak suka nutella boleh jugak menggunakan peanut butter sebab kita yang buat dia kan terpulang selera lah..

Cara nya, letakkan roti pratha yang telah di masak tadi, jangan terlalu garing sangat ya, nanti susah nak gulung, kemudian sapukan lah nutella pada seluruh roti pratha, letakkan pisang di ujung roti dan gulung lah sehingga kemas, buatlah sehingga habis roti dan pisang. Biarkan sekejab beberapa minit supaya nutella pisang dan roti pratha tu sebati, kemudian baru lah di potong dan boleh lah di jadikan dessert petang atau pagi terpulang selera sendiri.




Dessert mudah dan murah 
Anytime pun boleh makan kan, disamping sihat jugak ni kan 



Terimakasih untuk anakanda mama bagi pinjam tangan tu, kalau tak susah mama nak ambik gambar takde yang nak pegang hehe...



Assalamua'laikum warahmatullah untuk semua yang sudi singgah disini.
Alhamdulillah di petang jumaat yang mulia dapat bersiaran lagi.
Ni projek dari petang semalam, sebab ada yang teringin nak makan 
Nasi Daging, cari cari rempah readymade kat supermarket tak ada
Jadi terpaksa kaknoor rajinkan diri "menggoogle" maka dapatlah resepi rempah homemade ni
Dari blog IZA AKMA jazakallahu khairan Iza kaknoor copy resepi rempah ni
Tapi kaknoor ubah sikit ikut selera family kaknoor ok.



Ini lah semua bahan bahan rempah homemade yang kaknoor gunakan

BAHAN REMPAH

1 sudu besar biji ketumbar *kaknoor guna yang dah diblend sebab dah out off stok 
2 sudu besar jintan putih *suka sangat wangi jintan putih jadi kaknoor letak dua sudu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji lada hitam
1 sudu besar biji halba
1 batang kulit kayu manis *nak lebih pun ok lebih wangi
2 biji buah keras di tumbuk dulu ya..
2 - 3 biji badam *kaknoor guna yang flakes sebab takde yang biji
1 inci halia dihiris nipis 
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Semua bahan bahan di atas di goreng // sangai tanpa minyak sehingga wangi kemudian di mesin sehingga halus, dan disimpan dalam bekas yang sesuai lah..



Camerawoman nya sedang rajin tu berfoto-foto dengan segala rempahan tu hehe..




Biji lada hitam, biji halba dan serbuk ketumbar




Jintan putih dan jintan manis



Wangi sangat rempah homemade ni tau, apa lagi lepas mengisarnya semerbak dapur maktok..



Alhamdulillah dah siap rempah baru lah boleh memasak nasi pulak kan..



Ini lah dia SET NASI DAGING UTARA  dah macam macam ada dah kat sana tu




CARA MEMASAK NASI DAGING UTARA

BAHAN NYA
1 kg daging dipotong sederhana besar, direbus untuk mendapatkan stok daging.
6 cawan beras basmathi di rendam lebihkurang 15 minit toskan..
Secukupnya daun pudina 
Secukupnya bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
3 sudu besar rempah nasi daging homemade
3-4  sudu besar mentega *boleh jugak guna minyak sapi
7  cawan air * ikut jenis beras basmathi yang kita gunakan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 biji buah tomato kisar bersama 1/2 cawan air
Sedikit garam 

1 inci halia, 2 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar di tumbuk untuk menumis 

CARA MEMASAK NYA

Panaskan mentega dalam periuk dan tumislah bahan tumbuk tadi.
Masukkan juga segala jenis rempah tumis dan daun pudina
Boleh jugak guna daun pandan untuk gantikan daun pudina
Kat rumah kaknoor banyak sangat daun pudina sampai melimpah ruah jadi itulah sebabnya kaknoor guna daun pudina saja daripada membazir tak berguna ye dak!!!
Bila bahan tumis tadi dah wangi masukkan daging, rempah nasi daging homemade, tomato puree,  susu cair dan jus tomato jugak sedikit garam
Kacau rata dan masukkan jugak stok daging atau air  bersama dengan beras
Masaklah nasi seperti biasa dengan menggunakan api sederhana, atau boleh jugak masukkan dalam Rice Cooker atau Noxxa terpulang lah




Daging yang dimasukkan dalam nasi tu di keluarkan dan dihiris nipis siap sedia untuk di cicah bersama air asam tomato.




Ini daging "Lalap" kata orang Brunei, kalau tak salah Kaknoor daging yang telah diperap dan di salai, yang ni bukan kaknoor buat, ni beli kat tamu Tutong.. Yang hijau dan putih tu brokoli dan cauliflower yang di goreng tempura, selera macam-macam kat rumah kaknoor buat saja janji ada yang happy.






Ini Air Asam cara kaknoor, sebab dalam rumah kaknoor, tak suka belacan, tak suka kerisik, walaupun tukang masak nya hantu belacan, hantu kerisik, terpaksa ikut majoriti lah, takpa biarlah tukang  masak berkorban ikut selera boss dan anak-anak.

Air asam kaknoor, hanya guna tomato yang dihirs, cilipadi + cilibesar di kisar, agak agak je nak pedas letak banyak lah, air limau kasturi, bawang besar yang di hiris, semua nya di gaul rata, tambah garam dan sedikit gula, itu je dah siap..




Ni pulak kerabu umbut hutan, rasa nya masam masam pahit, ikut sukahati tangan je nak letak apa apa lebihkurang macam air asam jugaklah bahan nya..




Ini pulak hidangan untuk yang tak makan daging, terpaksa kaknoor buat nasi guna ayam, tapi rempah nya guna rempah homemade lah..




Alhamdulillah asalkan semua nya happy tukang masak tak kisah, penat sikit berbaloii semua nya ada yang suka makanan kegemaran masing masing..



ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya adik adik kaknoor yang masih sudi singgah disini
ALHAMDULILLAH masih di beri kesempatan untuk ke udara hari ni
Resepi hari ni tersangat lah mudah nya, yang kadang kita tak terfikir jugak.
Semalam jenjalan di Pinterest ternampak resepi ni, kebetulan dah ada wantan, jadi terus lah hari ni merajinkan diri, agak lambat jugak membuat tapi senang dan sedap, boleh lah try nanti ya..





Kita yang perlukan 4 bahan sahaja

Kulit wantan secukup nya
Sosej terpulang lah nak ayam ke daging
Minyak untuk menggoreng
Sos pilihan lah nak pedas ke manis


Cara nak buat pun mudah sangat

Potong sosej bulat agak agak dalam 1/2 inci, kemudian lubangkan dengan menggunakan straw besar yang agak keras tu, lubangkan lah secukupnya sosej tu.  Kemudian ambik sekeping wantan, lipat macam kipas, jangan besar sangat lipat agak agak dapat masuk dalam lubang sosej kita tadi. Buatlah sehingga habis wantan dan sosej.  Lepas tu gorenglah sehingga kekuningan. Sediakan sos pilihan dan yeyyy dan boleh menikmati nya panas panas....

MUDAH DAN SEDAP MESTI CUBA NI BUAT KUDAPAN


Cantik kan riben tu, gerenti sekejab je licin ni



Sos ni campuran tiga sos, sos Thailand extra hot, sos ABC jugak extra hot dan sos Maggi
Terpulang pada pelanggan yang nak makan gabungan sos kegemaran..



Membuatnya agak lambat, tapi bila makan nya aduhhh tak sampai 5 minit dah habis sepiring ni, boleh cuba mesti nak berkali kali...



Assalamualaikum dan salam Isnin 25 Muharram 1439 Hijrah
Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan oleh Allah  untuk bernafas di hari ini.
Bersyukur lah masih sihat walafiat dalam usia yang semakin senja ini
Sakit pening demam tu mainan hidup lah kan..
In Shaa Allah selagi ada daya dan upaya akan cuba menjadi insan terbaik terhadap agama, keluarga dan masyarakat sekeliling IN SHAA ALLAH



Minggu lepas kaknoor ke "Tamu " bahasa orang-orang Brunei untuk Pasar Pagi disini.
Pertama kali nampak Periuk Kera ni di sini, selalu jugak ke Tamu ni tapi belum pernah tengok ada orang yang menjual Periuk Kera ni, teruja tengok Periuk Kera ni cantik dan unik jadi kaknoor beli lah, tak mahal pun $1 je satu bekas tu. Dan satu bekas je pun kaknoor beli hahaha..
Dah beli tak tau nak masak apa pulak!!
Google punya google terjumpa resepi Ketupat Periuk Kera, tapi kaknoor tak lah buat ketupat, kaknoor buat Kelupis macam cara orang Brunei buat Kelupis guna daun Nyirik tapi kali ni kaknoor guna Periuk Kera..




Mesti ada yang belum pernah tengok Periuk Kera ni, ke kaknoor yang ketinggalan haha
Whatever lah ya, tapi serius memang cantik Periuk Kera ni dengan warna nya unik, macam sotong pun ada jugak kan!!

Disini kaknoor letak resepi Kelupis Brunei, yang di intai dari blog 
cuma kaknoor guna Periuk Kera je
Kurangkan lah bahan tu  kalau kita buat sedikit ok..

KELUPIS BRUNEI (By: Anne Nurhani)

BAHAN-BAHAN:
1. Beras Pulut 500gm
2. Santan 500ml
3. Sedikit garam
4. Sedikit minyak masak
5. Daun irik @ ngirik

CARA-CARANYA:
1. Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan.
2. Masukkan santan dan garam dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
3. Masukkan beras pulut dan gaul sambil masukkan minyak masak sedikit-sedikit. Gaul sehingga sebati, kering dan berkilat. Ingat, guna api perlahan k...
4. Angkat dan letak dalam bekas lain.
5. Bungkuskan pulut dalam daun irik @ ngirik.*kaknoor masukkan dalam periuk kera
6. Kukus kelupis selama 1 jam.*kaknoor kukus 15 - 20 minit sahaja
7. Angkat dan letak secara berdiri untuk keluarkan wap air. Ini penting untuk memastikan kelupis tahan lebih lama.
8. Sedia dimakan bersama kuah kacang/rendang/kari ayam atau daging...




Ini belum di kukus ok..



Nampak kan bolat je Periuk Kera ni..
Opppss terlupa lah pulak, Periuk Kera ni sebelum kita masukkan pulut tu, kena cuci bersih dulu ok, cuci bahagian dalam nya dan kaknoor lap sampai kering baru masukkan pulut yang telah di masak dengan santan tu..



Bila dah lepas di kukus  Periuk Kera ni dah bertukar warna kemerahan, macam sotong kan haha



Alhamdulillah first time makan Kelupis Periuk Kera ni, rasa nya sama saja lah dengan kelupis biasa tu, kebetulan ada lebihan kari boleh lah di gandingkan dengan kelupis ni, lebihan sambal tumis pun boleh jugak, ikut citarasa Mem yang nak makan lah kan..



Assalamualaikum dan salam jumaat.
Alhamdulillah berkesempatan lagi bersiaran di blog yang usang ni.
Hari ni ada sedikit kerajinan nak buat bubur Asyura ni..
Sebenarnya plan awal ada kawan anak-anak ni nak datang kerumah
Disamping makanan yang lain kaknoor nak buatkan Asyura ni, tapi last update tak jadi datang
Disebabkan bahan dah di beli jadi buatkan lah jugak untuk makanan sendiri 
Dan sedekah pada siapa yang sudi, sebab Asyura ni memang susah kalau nak buat sedikit.
Biasa nya mesti jadi banyak sebab bahan nya pun memang banyak gilee ni kan
Itupun kaknoor shortcut jugak tak letak sagu, kacang goreng, kacang kuda dan lain lain.

Sebenarnya Bubur Asyura ni bukan lah semestinya kita buat dalam bulan Muharram seperti kepercayaan orang orang terdahulu, bila bila masa pun kita boleh menikmati nya asalkan rajin mengolah "kebanyak songehan" Asyura ni, sebulan yang lepas pun kaknoor dah buat Asyura ni tapi tak sempat nak ambik gambar pun dah licin hehe..



BUBUR ASYURA VERSI KAK NOOR (UTARA MARI)

Bahan nya

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 tin susu cair ( takde dalam gambar sebab terlupa hehe..)
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 keping gula Melaka
3/4 cawan gula putih ( boleh tambah jika nak lebih manis )
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah atau kidney bean
4-5 biji keledek oren atau kuning
15 biji pisang emas ( nak lebih pun boleh )
2 tin jagung ( Kaknoor suka jagung jadi suka letak banyak, 1 tin pun ok jugak )
3-4 helai daun pandan
sedikit garam

Cara nya

~  Masak gula Melaka dan gula putih dengan 1 cawan air  hingga hancur dan tapis dan ketepikan.
~  Rebus kidney bean, kacang hijau, keledek secara berasingan (maktok masuk dalam noxxa je )
~  Untuk kacangan tu dalam  HP 7 minit dah lembut
~  Keledek selepas di potong  1x 1/2 inci  HP 3 minit Alhamdulillah dah ok.
~  Pisang emas di potong kecil.
~  Kisarkan tepung beras dan tepung jagung dalam blender bersama susu cair sehingga bersatu.
~  Dalam kuali besar masukkan campuran tepung, santan, air gula, pandan dan sedikit garam
~  Masak dengan api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat
~  Kecilkan api dan masukkan kacangan, keledek, pisang dan akhir sekali jagung.
~  Kalau terlalu pekat boleh lah tambah sedikit air, ikut lah kepekatan masing masing
~  Bagi kaknoor suka yang agak lembut yang boleh dimakan dengan sudu.
~  Pindahkan lah ke loyang atau mana yang suka, kalau kaknoor suka letak bekas kecil
~  Kalau bekas kecil tak payah nak potong ke apa lagi, simpan petiais nak makan hanya keluarkan
~  Nak bagi orang pun senang sebab dah ready dalam bekas kecil macam tu..





Banyak kan bahan untuk bubur Asyura ni, ini pun ada yang terlupa nak snap dan kaknoor tak letak jugak sebab malas dah nak gi beli..




Setelah dimasukkan semua bahan bahan dalam kuali besau, macam macam warna ada kan..



Tambah lagi bahan kegemaran kaknoor jagung lagi lah berwarna warni Asyura ni..




Tujuan asal nak sedekah kat rakan anak kaknoor, maka nya di letakkan dalam bekas macam ni, tapi last minute cancel jadi letak jugak lah dalam bekas ni supaya senang nak bagi jiran jiran nanti..




Alhamdulillah dah boleh menikmati Asyura versi utara ni, tapi versi selatan lain sikit kan!! kabarnya agak berempah sikit, tapi sejujurnya kaknoor belum pernah rasa versi selatan ni, sebab dah orang belah utara mestilah dok makan yang utara saja...




ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua adik-adik dan anak-anak yang selalu singgah sini, masih lagi tuan tanah mood ke laut..........
Itulah proses kehidupan di dunia ni, ada kala nya ALLAH bagi sedikit ujian supaya kita lebih mensyukuri nikmat yang sebelum ini, ALHAMDULILLAH apa saja yang ALLAH berikan kena redho dan pasrah, sebab kalau kehidupan tanpa ujian tak lengkap lah proses kehidupan anak Adam di bumi ALLAH yang luas ini..

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejab matahari..
Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat..
Puas kita menangis mencari dimanakah matahari..
Rupa nya ALLAH nak hadiahkan kita 
PELANGI YANG INDAH 



BAHAN UNTUK SOLOK LADA

 Lada solok secukupnya (cili hijau muda belah dua dan buang bijinya)
 Isi ikan kembung agak-agak je berapa banyak lada tu
 Kelapa parut (terpulang nak banyak ke sikit ikut selera family)
 Santan (pekat + cair agak-agak 1 cawan )
 2 ulas bawang merah dan 1 labu bawang besar
 1 inci halia muda ( kalau takde halia muda yang tua pun boleh lah)
 Gula dan garam secukup rasa
Kaknoor tambah sedikit cilipadi hijau untuk menambah rasa pedas pada solok lada ni

CARA MEMBUAT SOLOK LADA

~  Bersihkan lada, buang biji nya dan ketepikan, kalau boleh lada nya biarlah yang besar supaya
     banyak isi ikan dapat di masukkan, tapi kalau takde yang mana yang ada lah kan..

~  Tumbuk bawang merah dan bawang besar, halia muda, dan cilipadi, sehalus yang boleh lah
     Kalau di mesin bahan akan agak berair jadi agak susah nak masukkan dalam lada sebab dah
     lembek, jadi rajinkan menumbuk kesemua bahan ni untuk mendapatkan hasil yang baik hehe..

~   Isi ikan dan kelapa parut jugak di tumbuk secara berasingan, kemudian barulah di campurkan
     kesemua bahan dalam satu bekas, di tambah garam dan sedikit gula merah, rasa lah ikut
     kesesuaian.

~   Kemudian boleh lah di masukkan kedalam lada hijau yang telah di bersihkan tadi, isi lah penuh
     penuh supaya lebih terasa sedap dan mantap.

~   Akhirnya masukkan dalam periuk dan masaklah bersama dengan santan + sedikit garam
    dengan api perlahan sehingga lada nya lembut .


Pada yang Suka Ikan memang sedap lah di ratah begitu saja, tapi pada yang Tak Suka Ikan kena tengok saja lah, boleh jugak di gantikan dengan isi ayam atau daging cincang, mesti lebih sedap dari ikan ni kan...

   
     

Lada hijau dah standby untuk di isi dengan campuran ikan..



Agak pekat lah campuran ni supaya mudah di isi kedalam lada dan tak muda jatuh.
Bila di masak pun tak mudah keluar dari lada kalau kita selalu balikkan..



Sayangnya lada kaknoor tak lah panjang sangat, tapi dah ada yang ngidam nak makan yang kontot pun oklah daripada takde langsung kan..



Tak banyak bahan sebenar nya nak buat solok lada ni cuma nya agak rumit sikit dan ambik masa lah masa mengasingkan isi ikan tu..



Masa ni yang best sebab dah hampir selesai proses kita..



Alhamdulillah dah siap pun solok lada ni, boleh lah dimakan dengan nasi putih atau nasi biru, terpulang selera sebab kita yang buat dia kan, tak wajib jugak di makan dengan nasi biru pun, tapi paling best dengan nasi biru lah, tapi nak buat nasi biru pun banyak songeh jugak tu kan! Dengan segala macam eksesori nya yang lain, mau pengsan kat dapur lama lama..


Assalamualaikum pada yang masih sudi singgah disini
Walaupun tuan rumah dah kurang aktif 
Semenjak dua menjak ni
Mungkin faktor umur dan kesibukkan jugak
Membuatkan blog ni sunyi dan sepi 
Sesekali mood datang 
Hari ni nak bawa tetamu yang datang kekebun depan umah Jadi lah untuk terapi minda penghibur duka 
Best jugak bila sunyi dan tiada orang berbicara
Berbual dengan pokok lah pengubat nestapa..

Jom biarlah gambar saja yang berbicara ya..























Previous PostOlder Posts Home